Sabtu, 14 April 2012

Dari Luar Padang - FAP Bertukar TANGAN??


GEORGETOWN-Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim gagal mempertahankan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) apabila tewas dalam pemilihan jawatankuasa FAP pada mesyuarat agung tahunan disini semalam.


Bekas presiden FAP itu hanya mendapat 16 undian berbanding 21 undian yang dimiliki perunding pembinaan bebas,Mohd Foaz Hamid yang pertama kali bertanding dalam pemilihan jawatankuasa badan sukan itu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Pengerusi Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), Dr Zainuddin Md Wazir dipilih memegang jawatan itu selepas penyandangnya sebelum ini Raja Munir Shah Raja Mustapha menarik diri apabila kedua-dua mereka mendapat undian yang sama pada pemilihan yang dilakukan disini.

Turut dipilih Mohd Azizudin Md Wazir dan Amer Yusoff Mohamed Hassan sebagai naib presiden persatuan berkenaan.

Mohd Foaz ketika ditemui media berkata,beliau akan berusaha mengembalikan kegemilagan pasukan harimau kumbang yang pernah menjadi salah satu pasukan yang dihormati sebelum ini.

Menurutnya,beliau mensasarkan pasukan Pulau Pulau Pinang akan kembali menyertai Liga Perdana dalam tempoh dua tahun lagi dan seterusnya menyertai Liga Super.

"Saya berharap,jawatankuasa baru yang dipilih ini akan lebih aktif dan sentiasa turun padang bagi meningkatkan lagi mutu pasukan Pulau Pinang.

"Dengan kelebihan yang ada, saya akan cuba mendapatkan kebenaran daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri bagi membolehkan kita menggunakan semula Stadium Bandaraya untuk perlawanan disini selain cuba mengembalikan sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap pasukan yang dilihat kian suram,"katanya.

Sementara itu,Mohd Foaz yang ditanya mengenai dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan beliau ditaja oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk bertanding jawatan itu serta ditawarkan beberapa projek sekiranya memenangi pada pemilihan jawatan presiden berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana beliau tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri sebelum ini.


Admin : Harapan Admin supaya tiada permainan politik dalam FAP lagi.. yg admin tau dulu masa zahrin pegang Fap.. tiada sokongan dari kerajaan negeri sbb zahrin berpaling tadah.. Hope nafas baru buat Fap.. dan tiada alasan lagi buat Kerajaan Negeri bagi membantu Fap.. ( kalau x mau tolong Fap lagi jangan marah kalau Admin PTUIHHHH muka Kerajaan Negeri ) hehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan