Ahad, 15 April 2012

Perlawanan Liga FAM seterusnya 15/4/2012


Perlawanan Liga FAM

Melodi Jaya vs Melaka | Stdm Mini Kulai
Tentera Darat vs KL SPA | Pdg Bola Kem Bt. Kentomen KL
SDM FC vs Shahzan Muda | Stdm Batu Kawan
UiTM FC vs PBAPP | Stdm UiTM Shah Alam


Pasukan Penang Aucms Bercuti Hari ini


Sabtu, 14 April 2012

Dari Luar Padang - FAP Bertukar TANGAN??


GEORGETOWN-Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim gagal mempertahankan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) apabila tewas dalam pemilihan jawatankuasa FAP pada mesyuarat agung tahunan disini semalam.


Bekas presiden FAP itu hanya mendapat 16 undian berbanding 21 undian yang dimiliki perunding pembinaan bebas,Mohd Foaz Hamid yang pertama kali bertanding dalam pemilihan jawatankuasa badan sukan itu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Pengerusi Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), Dr Zainuddin Md Wazir dipilih memegang jawatan itu selepas penyandangnya sebelum ini Raja Munir Shah Raja Mustapha menarik diri apabila kedua-dua mereka mendapat undian yang sama pada pemilihan yang dilakukan disini.

Turut dipilih Mohd Azizudin Md Wazir dan Amer Yusoff Mohamed Hassan sebagai naib presiden persatuan berkenaan.

Mohd Foaz ketika ditemui media berkata,beliau akan berusaha mengembalikan kegemilagan pasukan harimau kumbang yang pernah menjadi salah satu pasukan yang dihormati sebelum ini.

Menurutnya,beliau mensasarkan pasukan Pulau Pulau Pinang akan kembali menyertai Liga Perdana dalam tempoh dua tahun lagi dan seterusnya menyertai Liga Super.

"Saya berharap,jawatankuasa baru yang dipilih ini akan lebih aktif dan sentiasa turun padang bagi meningkatkan lagi mutu pasukan Pulau Pinang.

"Dengan kelebihan yang ada, saya akan cuba mendapatkan kebenaran daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri bagi membolehkan kita menggunakan semula Stadium Bandaraya untuk perlawanan disini selain cuba mengembalikan sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap pasukan yang dilihat kian suram,"katanya.

Sementara itu,Mohd Foaz yang ditanya mengenai dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan beliau ditaja oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk bertanding jawatan itu serta ditawarkan beberapa projek sekiranya memenangi pada pemilihan jawatan presiden berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana beliau tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri sebelum ini.


Admin : Harapan Admin supaya tiada permainan politik dalam FAP lagi.. yg admin tau dulu masa zahrin pegang Fap.. tiada sokongan dari kerajaan negeri sbb zahrin berpaling tadah.. Hope nafas baru buat Fap.. dan tiada alasan lagi buat Kerajaan Negeri bagi membantu Fap.. ( kalau x mau tolong Fap lagi jangan marah kalau Admin PTUIHHHH muka Kerajaan Negeri ) hehehe


Kedudukan Semasa Liga FAM

Kredit to Liga Fam

Ahad, 8 April 2012

PBA FC Tumbang , MELAKA Amok

PBA FC akhirnya tumbang ditangan pendahulu liga SPA Fc dengan jaringan 2-1.. Kemenangan SPA Fc itu meletakkan pasukan tersebut sebagai pendahulu liga Fam setakat ini dengan Lima Kemenangan seterusnya merupakan satu - satunya pasukan Liga Fam yang belum kecundang..

Di Melaka Pula, Pasukan Melaka Fa tersedar dari lamunan setelah mencatatkan kemenangan sulung dengan kemenangan 4-0 terhadap pasukan yang menghuni tangga tercorot SDM Navy Fc.. Di khabarkan Pasukan Melaka Terpaksa Merombak sebahagian daripada Pemain Pasukan setelah lima Kekalahan berturut - turut.. Mampukah Sang Kancil Kembali menebus kekalahan untuk Kembali bersaing merebut kejuaraan Liga FAM.. sama- sama kita nantikan..

Pasukan Penang Aucms pula mengamok lagi selepas membaham SDM Navy 3-1 di tempat lawan.. kini kembali membaham Melodi Jaya hasil kemenangan 4-0 di laman sendiri..

Manakala di Stadium Mini Temerloh Shahzan Muda pula mengatasi Uitm Fc 1-0

Jumaat, 6 April 2012

Kedudukan Semasa Liga FAM

Melaka Tunduk, Melodi Menang, Penang Bangkit!!


Melaka kecundang lagi setelah ditundukkan oleh UITM dengan jaringan 2-0. setelah lima perlawanan melaka belum mampu memenangi perlawanan sekaligus mengekalkan Pahlawan Hang Tuah ini di dasar liga..

Melodi jaya pula menang 2-1 ke atas Tentera darat setelah kecundang 3-1 kepada pendahulu liga iaitu SPA FC.. Manakala Pulau Pinang kembali bangkit setelah 3 perlawanan kecundang kepada Shahzan Muda, Pba dan Uitm Fc.. perlawanan antara Pulau Pinang dan SDM navy berkesudahan dengan jaringan 3-1..

Sabtu, 17 Mac 2012

Perlawanan Liga FAM seterusnya

Assalamualaikum


Adakah SPA akan terus menganas..??
MELAKA akan Kibarkan Semangat Hang Tuah..??
PBA akan bermandi peluh..??

Sama - sama nantikannya!!

YANG PASTI HARIMAU KUMBANG AKAN TERUS MENGAUM!!!

Haria Penang Haria!!! :)

Penang Aucms Tunduk Melaka Fa dibelasah


Assalamualaikum


Perjalanan Liga bermula kembali untuk minggu kedua. antaranya beberapa keputusan seperti :

PBA hanya sekadar mampu terikat menentang Tentera Darat 1-1 manakala kekalahan terbesar perlawanan diantara Melaka Fa menentang SPA KL 5-0. Melodi jaya hanya mampu sekadar seri 2-2 menentang SDM PP dan Pulau Pinang AUCMS tunduk kepada Shahzan Muda 1-3..

jika dilihat akan prestasi pasukan melaka mereka merupakan antara pencabar yang sukar untuk ditundukkan sewaktu menentang Penang Aucms di gelangang sendiri.. kekalahan ini merupakan satu tamparan hebat untuk pasukan kesayangan Ultras Taming Sari.. 5-0 bukanlah sebuah nilai yg kecil untuk sebuah pasukan yg liat untuk ditundukkan..

Di Stadium Batu Kawan pasukan Harimau Kumbang terpaksa akur dengan permainan pantas Shahzan Muda apabila berkali dihukum dengan larian-larian yang pantas di setiap penjuru padang.. kekalahan pertama ini membuatkan pasukan ini jatuh satu anak tangga..


Penang Aucms Vs Melaka Fa


Assalamualaikum

'Ultras Panthers dan Ultras Taming Sari'

Selepas balik bukit jalil bagi perlawanan kalah mati Piala Fa antara Penang aucms dengan sebuah kelab dari kemboja tu.. destinasi seterusnya ialah Melaka bandar Hang Tuah.. untuk pusingan pertama Liga FAM antara negeri - negeri selat iaitu Pulau Pinang menentang Melaka.. yang dimenangi pasukan pelawat iaitu Pulau Pinang dengan jaringan hasmawi hassan 1-0..

game pada separuh masa pertama amat seimbang walaupun REF!! 'Kayu' mcm berat sebelah ja.. sampai pemain Pulau Pinang berdarah hidung dalam kotak penalti lawan.. selumber der ja dier wat tak bersalah.. serius tak tenang tengok game tu.. rasa mcm nk pi penumbuk!!.. duishh sekali ref tu.. baru berpinau kot.. tapi sabar je la..

separuh masa kedua amatlah tegang sampai pemain Penang aucms dilayangkan kad warna merah tu pun kalau aku tak buta warna.. memaksa Penang aucms bermain 10 org ditambah Ultras Panthers menjadikan 11 org balik.. sebelum nie tak pasang lagu negaraku.. liga bawahan pula tak diberi perhatian.. apalah nk jadi ngn Fam neh?? adoiiya.. ( sory to say )

Fam nie pantang dikritik kalau org kritik dia kena mcm2 hukuman.. bila lah bola sepak Malaysia nk maju kalau mcm neh.. dh la liga asyik tertangguh ja.. sabar je kan.. :P tension2 layan video kt bawah nie keh..


Admin - Apa - Apa hal Pihak Media ASTRO atau RTM dan pihak akhbar TOLONG ambik tau walaupun hampa tanak tau.. TOLONG siarkan result perlawanan dan jadual perlawanan dalam TV atau Akhbar.. hargailah kami walaupun hanya diperingkat bawahan.. so MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!

Jumaat, 16 Mac 2012

Ultras Panthers - Stadium Nasional Bukit Jalil


Assalamualaikum

Hari neh nk kongsi sikit cerita pasai Piala Fa antara Penang aucms dengan sebuah kelab dari kemboja.. Perlawanan berkesudahan 2-1 yang dimenangi kelab dari kemboja.. apa yg aku kesalkan apabila pihak FAM tidak memasang lagu NEGARAKU apabila melibatkan Pasukan dari Malaysia.. BODOH kan Fam nie.. (sory to say!!) haha..

Walaupun ketinggalan 1-0 tetapi semangat mereka tetap teguh menyokong pasukan kesayangan mereka.. dlu hanya bermula dengan beberapa org sahaja sekarang bilangan makin bertambah.. semoga Pasukan Pulau Pinang berjaya dengan Izinnya.. amin..

Ultras Panthers berdiri teguh memberi semangat kepada Harimau Kumbang yang sedang meneruskan perjuangan di dalam padang.. kata - kata semangat terus dilaungkan..!! Mereka umpama harimau kumbang ke 12..


Kami ini Harimau Kumbang
Siap sedia untuk berjuang
Dimana pun berlaga kami selalu ada
Kami ini Harimau Kumbang

“If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag”.



Maruah Tetap Maruah.. kalah tak bererti menyerah!!..


semoga pasukan harimau kumbang akan terus berjuang sehingga titisan peluh yang terakhir!!.. amin..