Sabtu, 17 Mac 2012

Perlawanan Liga FAM seterusnya

Assalamualaikum


Adakah SPA akan terus menganas..??
MELAKA akan Kibarkan Semangat Hang Tuah..??
PBA akan bermandi peluh..??

Sama - sama nantikannya!!

YANG PASTI HARIMAU KUMBANG AKAN TERUS MENGAUM!!!

Haria Penang Haria!!! :)

Penang Aucms Tunduk Melaka Fa dibelasah


Assalamualaikum


Perjalanan Liga bermula kembali untuk minggu kedua. antaranya beberapa keputusan seperti :

PBA hanya sekadar mampu terikat menentang Tentera Darat 1-1 manakala kekalahan terbesar perlawanan diantara Melaka Fa menentang SPA KL 5-0. Melodi jaya hanya mampu sekadar seri 2-2 menentang SDM PP dan Pulau Pinang AUCMS tunduk kepada Shahzan Muda 1-3..

jika dilihat akan prestasi pasukan melaka mereka merupakan antara pencabar yang sukar untuk ditundukkan sewaktu menentang Penang Aucms di gelangang sendiri.. kekalahan ini merupakan satu tamparan hebat untuk pasukan kesayangan Ultras Taming Sari.. 5-0 bukanlah sebuah nilai yg kecil untuk sebuah pasukan yg liat untuk ditundukkan..

Di Stadium Batu Kawan pasukan Harimau Kumbang terpaksa akur dengan permainan pantas Shahzan Muda apabila berkali dihukum dengan larian-larian yang pantas di setiap penjuru padang.. kekalahan pertama ini membuatkan pasukan ini jatuh satu anak tangga..


Penang Aucms Vs Melaka Fa


Assalamualaikum

'Ultras Panthers dan Ultras Taming Sari'

Selepas balik bukit jalil bagi perlawanan kalah mati Piala Fa antara Penang aucms dengan sebuah kelab dari kemboja tu.. destinasi seterusnya ialah Melaka bandar Hang Tuah.. untuk pusingan pertama Liga FAM antara negeri - negeri selat iaitu Pulau Pinang menentang Melaka.. yang dimenangi pasukan pelawat iaitu Pulau Pinang dengan jaringan hasmawi hassan 1-0..

game pada separuh masa pertama amat seimbang walaupun REF!! 'Kayu' mcm berat sebelah ja.. sampai pemain Pulau Pinang berdarah hidung dalam kotak penalti lawan.. selumber der ja dier wat tak bersalah.. serius tak tenang tengok game tu.. rasa mcm nk pi penumbuk!!.. duishh sekali ref tu.. baru berpinau kot.. tapi sabar je la..

separuh masa kedua amatlah tegang sampai pemain Penang aucms dilayangkan kad warna merah tu pun kalau aku tak buta warna.. memaksa Penang aucms bermain 10 org ditambah Ultras Panthers menjadikan 11 org balik.. sebelum nie tak pasang lagu negaraku.. liga bawahan pula tak diberi perhatian.. apalah nk jadi ngn Fam neh?? adoiiya.. ( sory to say )

Fam nie pantang dikritik kalau org kritik dia kena mcm2 hukuman.. bila lah bola sepak Malaysia nk maju kalau mcm neh.. dh la liga asyik tertangguh ja.. sabar je kan.. :P tension2 layan video kt bawah nie keh..


Admin - Apa - Apa hal Pihak Media ASTRO atau RTM dan pihak akhbar TOLONG ambik tau walaupun hampa tanak tau.. TOLONG siarkan result perlawanan dan jadual perlawanan dalam TV atau Akhbar.. hargailah kami walaupun hanya diperingkat bawahan.. so MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!

Jumaat, 16 Mac 2012

Ultras Panthers - Stadium Nasional Bukit Jalil


Assalamualaikum

Hari neh nk kongsi sikit cerita pasai Piala Fa antara Penang aucms dengan sebuah kelab dari kemboja.. Perlawanan berkesudahan 2-1 yang dimenangi kelab dari kemboja.. apa yg aku kesalkan apabila pihak FAM tidak memasang lagu NEGARAKU apabila melibatkan Pasukan dari Malaysia.. BODOH kan Fam nie.. (sory to say!!) haha..

Walaupun ketinggalan 1-0 tetapi semangat mereka tetap teguh menyokong pasukan kesayangan mereka.. dlu hanya bermula dengan beberapa org sahaja sekarang bilangan makin bertambah.. semoga Pasukan Pulau Pinang berjaya dengan Izinnya.. amin..

Ultras Panthers berdiri teguh memberi semangat kepada Harimau Kumbang yang sedang meneruskan perjuangan di dalam padang.. kata - kata semangat terus dilaungkan..!! Mereka umpama harimau kumbang ke 12..


Kami ini Harimau Kumbang
Siap sedia untuk berjuang
Dimana pun berlaga kami selalu ada
Kami ini Harimau Kumbang

“If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag”.



Maruah Tetap Maruah.. kalah tak bererti menyerah!!..


semoga pasukan harimau kumbang akan terus berjuang sehingga titisan peluh yang terakhir!!.. amin..